Catatan Popular

Sabtu, 3 Disember 2011

novel jin laagi


Belangkas merayap di mana-mana. Histeria menghantui pelajar-pelajar sekolah. Kematian-kematian mengejut dan mengerikan. Penduduknya percaya orang asing adalah pembawa bencana.
Saniah dan Dalila, dua guru pelatih yang baru menjejakkan kaki ke provinsi itu tanpa sedar telah terheret ke dalam pergolakan yang akan menentukan jatuh bangun sebuah dunia asing.
Swastika semakin terdesak apabila salji tiba-tiba turun dari langit tropika Sandora. Apakah ia pesona yang akan menghadirkan ketenangan? Atau alamat ketibaan satu malapetaka?
Apakah yang sebenarnya terjadi di Provinsi Sandora? 
aku dah baca novel ni..mulanya boring jugak tapi bila mai tang pertengahan,cerita makin panas..sukar dilepaskan.
novel ni cerita dia mcm mentera hitam,raungan mentera,yuda di padang maya...cuma cerita dia kali ni ada satu kumpulan rahsia(membabitkan jin) jugak..
so,menarik jugak.

salina




Novel yg aku cari selama ni pun aku dapat dari PUSTAKA CYBER.1000 terima kasih kat KAKAK yg memberi novel ni...memang lam sangat aku cari....makan tahun!
namun takdir ALLAH menetapkan aku pasti dapat..maka aku bersyukur.
tebal jugak..takut aku.mungkin lambat abis...
namun sangkaan aku sekali lagi meleset.bila dah mula baca,maka sukar dilepaskan(mcm iklan MIRINDA daa).aku mula seronok 'menerokai' KAMPUNG KAMBING.korang bayangkanlah,manusia sewa kandang kambing yg di'modified' oleh KURUPAYYA(x silap aku)..ramai pulak yg duduk di situ..
maka di sinilah bermulanya hidup baru HELMI.dan watak antagonisnya tentulah ZULFAKAR(kalau difilemkan,ADIPUTRA sesuai dgn watak ni).
tapi aku tak dapat nak cerita sebab aku pun belum habis baca.'sangkut' kat m/surat 200.kuikuikui..

Tajuk Novel    : Sayap Sutera
Penulis                : ZARA
Saiz                    : 17.7sm x 11sm
Halaman            : 260 muka surat

Sayap Sutera adalah penerbitan novel pertama yang mengetengahkan konsep Didik Hibur iaitu konsep novel mendidik sambil menghibur dengan kaedah yang berlainan dari biasa.  Novel ini menceritakan kisah cinta di antara 2 manusia dan cinta mereka kepada Allah.

Ia mengisahkan perjalanan Mazlan dan Ireen, perempuan keturunan Cina untuk mencari kebenaran hakiki. Perjalanan yang bermula dari Langkawi terus ke Hong Kong, Taipeh, China dan Iran memberi pengajaran mengenai Islam yang tidak pernah terlintas di kotak fikiran mereka. Kebanyakannya secara kebetulan. Semuanya kerana solat yang membuatkan mereka mengenal diri, mengukuhkan cinta suci Mazlan kepada Allah dan cinta Ireen kepada Mazlan. Apakah sebenarnya yang dicari oleh Mazlan  dan mengapa Ireen tertarik dengan Islam. Novel ini meleraikan jawapannya.

Novel bercorak agama ini adalah yang pertama diterbitkan yang memberi pengetahuan dan pendidikan mengenai solat dan diselitkan dengan falsafah dan pengertian Islam yang tinggi tetapi melalui pengolahan yang mudah difahami dan menghiburkan. Novel pertama yang mempunyai nota kaki sebagai penjelasan kepada perkara-perkara solat yang diceritakan di dalam novel harus dibaca oleh semua.:-


terima kasih yg ter'ramai' buat PUSTAKA CYBER yg menyediakan novel ni.
aku mulanya memandang remeh tajuknya..mcm cinta murahan aje...tapi aku silap,aku mual baca sinopsisnya(seperti di atas).maka aku tertarik.
dan bila kau membaca...sungguh unik.itu yg boleh dikatakan..
MAZLAN,seorang yg born-muslim...degil sesangat sampai 'liat' nak solat sampai mak dia tibai teruk2 pun dia tetap takmau solat...sehinggalah mak dia kembali ke rahmatullah...dan saat itu ALLAH pimpin dia camne nak dirikan solat.camne caranya?baca sendirilah...kuikuikui...
IREEN,seorang gadis cina+arab yg menganut kristian(penyembah kayu dahak)...amat menyintai MAZLAN..dan yg uniknya gadis ini pandai berbahasa arab dan pandai pulak reti al-quran...maka dia lah yg membantu 'marka'nya...dan akhirnya dia tertarik memeluk islam.tapi bukan kerna MAZLAN...ada sebab2nya..bacalah..
o.k...malas nak chomen banyak2...

Khamis, 1 Disember 2011

ARKIB ILMU: SOLAT SUNAT DHUHA - KUNCI REZEKI.

ARKIB ILMU: SOLAT SUNAT DHUHA - KUNCI REZEKI.: Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak ...