Tajuk Novel : Sayap Sutera
Penulis : ZARA
Saiz : 17.7sm x 11sm
Halaman : 260 muka surat
Sayap Sutera adalah penerbitan novel pertama yang mengetengahkan konsep Didik Hibur iaitu konsep novel mendidik sambil menghibur dengan kaedah yang berlainan dari biasa. Novel ini menceritakan kisah cinta di antara 2 manusia dan cinta mereka kepada Allah.
Ia mengisahkan perjalanan Mazlan dan Ireen, perempuan keturunan Cina untuk mencari kebenaran hakiki. Perjalanan yang bermula dari Langkawi terus ke Hong Kong, Taipeh, China dan Iran memberi pengajaran mengenai Islam yang tidak pernah terlintas di kotak fikiran mereka. Kebanyakannya secara kebetulan. Semuanya kerana solat yang membuatkan mereka mengenal diri, mengukuhkan cinta suci Mazlan kepada Allah dan cinta Ireen kepada Mazlan. Apakah sebenarnya yang dicari oleh Mazlan dan mengapa Ireen tertarik dengan Islam. Novel ini meleraikan jawapannya.
Novel bercorak agama ini adalah yang pertama diterbitkan yang memberi pengetahuan dan pendidikan mengenai solat dan diselitkan dengan falsafah dan pengertian Islam yang tinggi tetapi melalui pengolahan yang mudah difahami dan menghiburkan. Novel pertama yang mempunyai nota kaki sebagai penjelasan kepada perkara-perkara solat yang diceritakan di dalam novel harus dibaca oleh semua.:-
terima kasih yg ter'ramai' buat PUSTAKA CYBER yg menyediakan novel ni.
aku mulanya memandang remeh tajuknya..mcm cinta murahan aje...tapi aku silap,aku mual baca sinopsisnya(seperti di atas).maka aku tertarik.
dan bila kau membaca...sungguh unik.itu yg boleh dikatakan..
MAZLAN,seorang yg born-muslim...degil sesangat sampai 'liat' nak solat sampai mak dia tibai teruk2 pun dia tetap takmau solat...sehinggalah mak dia kembali ke rahmatullah...dan saat itu ALLAH pimpin dia camne nak dirikan solat.camne caranya?baca sendirilah...kuikuikui...
IREEN,seorang gadis cina+arab yg menganut kristian(penyembah kayu dahak)...amat menyintai MAZLAN..dan yg uniknya gadis ini pandai berbahasa arab dan pandai pulak reti al-quran...maka dia lah yg membantu 'marka'nya...dan akhirnya dia tertarik memeluk islam.tapi bukan kerna MAZLAN...ada sebab2nya..bacalah..
o.k...malas nak chomen banyak2...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan